Monday 23 May 2011

Orang Yg Takabbur pasti Lebur

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif allah s.w.t
tidak ada sesiapa pun yg boleh mncabar-nya
Orang yg takabbur pasti lebur.
Mereka akan musnah didunia dan akan terseksa di akhirat.
         
   TANDA TAKABBUR
  • Tidak suka berdoa
  • Mudah terluka dan melukakan hati orang
  • Sukar memberi dan meminta maaf
  • Memotong cakap orang lain
  • Gila kuasa dan jawatan
  • Cara berpakaian dan berjalan angkuh
  • Gila pujian
  • Bencana yg menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
  • Tidak suka berziarah

Sabar itu indah

Apabila musibah menimpa,
perasaan kita tergugat.
fikiran terganggu dan jiwa bercelaru.
Diri seolah-olah diselebungi kegelepan.

Namun apabila sabar bertandang,
perasaan,fikiran dan jiwa akan stabil semula.
Diri yg tadinya gelap akan dilimpah cahaya.

Benarlah seperti yg disabdakn oleh rasulullah s.a.w yg bermaksud
"SABAR ITU UMPAMA SINAR MATAHARI"
 (Muttaffaq 'alaih)

Sunday 22 May 2011

Ketawa dan Menangis

Siapa ketawa semasa mudanya
dia akan menangis semasa tuanya
Siapa ketawa semasa kayanya
dia akan manangis semasa fakirnya
Dan siapa ketawa semasa hidupnya
dia akan menangis semasa matinya
Banyak ketawa dapat mematikan hati
bacalah al quran dan menangislah
jika tak boleh menangis,buat-buatlah manangis..
Hendaklah mereka ketawa sedikit dan mereka banyak menangis
kerana balasan apa yg mereka usahakn...
                                                                  
                                                                    (Q.S.AT-TAUBAH:AYAT 82)

TITISAN AIR MATA KEINSAFAN


Dalam kesunyian malam
Aku melakar sajakBuat tatapan semua
Yang aku sayangi keranaNYA
Inginku meluahkan
segala yang terpendam dihati
segala yang terusik dijiwa
segala yang bermain difikiran
selagi nafas yang dipinjam
tidak terpisah dari badan

Ayahbonda
yang kucinta keranaNYA
andai hatimu sering terluka
andai jiwamu rasa terseksa
disebabkan perbuatanku
disebabkan perkataanku
aku mohon padamu
agar diampunkan dosaku
oleh yang Maha Esa
kerana tiada redha dariNYA
jika ayahbonda tidak meredhaiku

Saudara-saudaraku
kita dilahirkan
dari ibu yang sama
kita menerima nafkah
dari ayah yang sama
andai lawak jenakaku
mengguris hati kalian
andai marahku
menimbulkan dendam dihati
kurela kikis rasa egois
agar dosa-dosaku
kalian ampunkan
kerana kutahu
dosa sesama insan
memerlukan kemaafan
dari insan jua

Sahabat-sahabatku
selama kita bersama
kalian banyak membantuku
dalam menghadapi
jerih payah perjuangan
menuntut ilmu ALLAH
yang mulia ini
seandainya wujud
rasa tidak puas dihati
atas sikapku
yang tidak sempurna ini
seandainya kutelah
memburukkan kalian
maafkanlah diriku
kerana aku insan biasa
sering terjebak dalam dosa
yang tersengaja atau tidak
namun
aku seringakali berusaha
untuk menjadi sahabat sejati
kalian semua

Guru-guruku
ku bersyukur pada ILAHI
kerana ilmuNYA
dicurahkan kepadaku melaluimu
terima kasih atas ilmu
yang kalian sebarkan
tanpa jemu
walaupun terpaksa
menghadapi karenah nakalku
ampunkanlah dosa-dosaku
andai tidak memberi perhatian
sewaktu kalian mengajarku
aku akan tetap
menghormati kalian
kerana jasa kalian
mencurahkan ilmuNYA
adalah mulia disisiNYA

"Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri"
-Al Baqarah : 222-

Hasil Nukilan: Fatimah Safiah Zakaria 

Saturday 21 May 2011

Permulaan Bicara

Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk pada kita kepada agama ini dan jalan ini, dan kita tidak akan mendapat petunjuk ini kalau bukan sebab Allah yang memberi kita petunjuk...